P

Sekadar pandangan:

Islam nie kalau bahasa mudah macam GPS. Islam Pandu kite ke arah yang betul.

Islam nie indah. Maka, mohon jgn panjang2 lagi isu2 yg tiada titik akhir. Hujung cerita, ape pun Bidaah adalah sesuatu yg Nabi Muhammad tak buat.

Contoh, zaman Nabi takde phone, kite siang malam terjebak dgn Bidaah.

Zaman Nabi tiada WhatsApp, maka kite sedang berbuat Bidaah. Saya bawak analogi yg mudah supaya tiada lagi Bahas isu Al-Fatihah utk si Mati, Talkin, Tahlil, Bacaan Yassin n sebagainya.

Al-Fatihah:

Ulama Nusantara ambil maklum bahawa bacaan Al-Quran ibarat makan n minum utk Si Mati, nak baca ayat ape? TIADA panduan khusus, Maka mereka berdiskusi n ambil kata sepakat Al-Fatihah yg paling mudah n ramai yg hafal jika taat Perintah Solat.

Talkin :

Benda nie isu tiada titik akhir, rumusan mudah, Talkin bukan utk Si Mati, urusan si Mati sudah selesai bila nafas akhir tiada lagi. Talkin utk yg hadir n utk mereka yg Hidup. Ingat mati itu pun cabang iman.

Tahlil :

Benda nie pun tiada titik akhir, rumusan mudah, Tahlil bukan isu nak baca ape, lebih kepada nak kumpul Adik beradik, jiran tetangga, ipar duai n sebagainya. Lebih kepada ikatan sesama manusia. Nak kumpul biasa2 memang sukar, kite guna Tahlil utk berkumpul Dan bermasyarakat.

Yassin :

Bukan isu baca malam Jumaat n semasa kat kubur atau Majlis Tahlil n lain2. Isunya baca ayat Al Quran walaupun sepotong ayat. Nak baca pendek sangat macam tak cantik, ayam dah potong, kambing dah bakar, nak bagi mudah Ulama Nusantara ambil maklum n mulakan dengan Bacaan Yassin.

Nusantara nie unik, kite suka raikan org n suka jamu org makan. Itu tanah badan kite, Ulama Nusantara buat satu cara yg nampak mudah n ade barakah dengan adakan perkara yg kite panggil Bidaah ini.

Hujung cerita, Nabi nak kite buat baik, mane2 amalan yg hujung cerita akan bawak kepada kebaikan, teruskan.

InsyaAllah, ade barakah.

Sekian.. maaf ganggu.

Gaza.

*Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia* mengeluarkan *fatwa berhubung kesinambungan serangan ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata.*

Berikut adalah *intipati utama fatwa* tersebut:

1️⃣ Kewajipan jihad bersenjata terhadap penjajah di Palestin bagi setiap Muslim yang mampu di dunia Islam.

2️⃣ Kewajipan campur tangan ketenteraan segera oleh negara-negara Arab dan Islam.

3️⃣ Kewajipan mengepung musuh Zionis secara darat, laut, dan udara, termasuk menyekat laluan perairan, selat, serta ruang udara di negara-negara Arab dan Islam.

4️⃣ Kewajipan syarie untuk menyokong perjuangan perlawanan dari segi ketenteraan, kewangan, politik, dan hak asasi manusia.

5️⃣ Keperluan mendesak menubuhkan pakatan ketenteraan Islam bagi melindungi umat dan menghalang pencerobohan, yang merupakan kewajipan syarie secara segera.

6️⃣ Pengharaman normalisasi hubungan dengan musuh Zionis.

7️⃣ Pengharaman bekalan minyak dan gas kepada entiti Zionis.

8️⃣ Keperluan mengkaji semula perjanjian damai yang telah dimeterai oleh beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.

9️⃣ Kewajipan berjihad dengan harta untuk membantu saudara kita di Gaza dan mempercepatkan pembukaan laluan bantuan.

🔟 Seruan kepada komuniti Muslim di Amerika Syarikat untuk menekan Trump dan kerajaannya agar memenuhi janji pilihan rayanya dalam menghentikan pencerobohan dan menegakkan keamanan.

🔗 Teks penuh fatwa di laman rasmi Kesatuan: iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=38808

Sumber: IUMS
t.me/duniapalestin

Ilmu tasawuf.

🕋 Tafsiran al-Isyari dalam tradisi tasawuf adalah bentuk tafsiran kerohanian (bukan zahir lafaz semata) yang bertujuan menyingkap makna batin atau isyarat rohani dalam ayat al-Qur’an. Ia adalah satu bentuk tadabbur dari golongan ahli suluk yang dibimbing oleh tajalli (cerminan) dan zauk (rasa hati) dalam suluk kepada Allahﷻ.

Berikut adalah penerangan ringkas tentang tafsir al-isyari, pandangan ulama sufi, dan dalil-dalilnya:

1. Definisi Tafsir al-Isyari:

Tafsir al-isyari ialah:
“Makna batin atau isyarat yang difahami oleh hati seorang salik yang mukhlis dalam keadaan kehadiran (hudhur), hasil daripada cahaya tajalli (cerminan) dan zauk, tanpa menyalahi makna zahir al-Qur’an.”

2. Dalil-Dalil Pensyariatan Tafsir al-Isyari:
▪️Dalil Al Quraan: Surah Ali ‘Imran 3:7
“Dan tidak mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya…”
(وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِي ٱلْعِلْمِ)
Ulama sufi mentafsirkan ayat ini sebagai dalil bahawa ada makna yang lebih dalam dalam al-Qur’an yang hanya dapat difahami oleh arifin yang diberikan cahaya makrifat oleh Allahﷻ.

▪️Dalil Alquraan : Surah al-Ankabut ayat 69
“Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) pada jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا)
Tafsir al-isyari dilihat sebagai jalan kefahaman yang diberikan kepada orang yang bersungguh dalam suluk dan jihad nafsu.

▪️Hadis Nabi ﷺ
“Sesungguhnya al-Qur’an mempunyai zahir dan batin.”
(Hadis dari Ibn Mas’ud, diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Hakim) Ini menunjukkan bahawa selain makna zahir, terdapat makna batin atau isyarat.

▪️Hadis riwayat Ibn Abbas:
“Aku adalah orang yang paling tahu tafsir al-Qur’an kerana aku didoakan oleh Nabi ﷺ.”
Ibn Abbas dikenali dengan tafsir isyari dan batin, terutama dalam golongan tabi‘in dan sufi.

3. Pandangan Ulama Sufi Mengenai Tafsir al-Isyari:
▪️a. Imam al-Qushayri (Risalah al-Qushayriyyah)
Beliau menyatakan bahawa al-Qur’an bukan hanya dipahami dengan zahir, tetapi juga dengan nur ilahi dan kefahaman yang dianugerahkan kepada salik dalam keadaan fana’ dan zauk.

▪️b. Sahl al-Tustari
Tokoh awal yang terkenal dengan tafsir isyari. Beliau berkata:
“Setiap huruf dan ayat dalam al-Qur’an memiliki makna batin yang difahami oleh hati yang disucikan.”

✅Tafsir Isyari ialah penyingkapan makna-makna halus dan batin dalam ayat-ayat al-Qur’an yang tidak bertentangan dengan makna zahir (lahiriah), namun membawa kepada fahaman kerohanian yang lebih mendalam. Ia berpandukan warid, zauk, wajd, dan tajalli (cerminan) dalam hati para ahli suluk.

4. Ciri-Ciri Tafsir Isyari:

  1. Makna batin yang tidak bercanggah dengan zahir nas.
  2. Timbul daripada keadaan hati yang suci dan tajalli (cerminan) nur Ilahi.
  3. Bersifat syuhud dan kasyf, bukan hasil daripada ijtihad akli semata-mata.
  4. Diperolehi hasil daripada suluk dan mujahadah nafs.
  5. Bersandar kepada dalil kerohanian dan bukan semata-mata lafaz.
  6. Menjadi pelengkap kepada tafsir zahir, bukan pengganti.

✅Prinsip Tafsir Isyari:

  1. Tidak menyalahi makna zahir ayat.
  2. Mempunyai asas dalam syarak – tidak bertentangan dengan al-Qur’an, Sunnah atau ijma’.
  3. Dapat difahami oleh orang yang memiliki hati yang bersih, terlatih dalam suluk.
  4. Diambil melalui zauk, warid dan tajalli (cerminan) dalam keadaan muraqabah.
  5. Tidak dijadikan hukum syariat, tetapi pengajaran rohani bagi ahli suluk.

✅Kaedah Tafsir Isyari:

▪️Tazkiyah al-nafs: pensucian jiwa sebagai prasyarat menerima cahaya makna.
▪️Muraqabah dan musyahadah: kehadiran hati dengan Allahﷻ dalam memahami ayat.
▪️Kasyf dan ilham yang bersumber daripada tajalli (cerminan) Asma’ dan Sifat Allahﷻ.
▪️Pemahaman melalui maqamat dan ahwal dalam suluk (contoh: maqam fana’, baqa’, mahabbah).
▪️Tadabbur dan tafakkur secara mendalam dan istiqamah.

✅ Dalil-Dalil yang Menyokong Tafsir Isyari:

▪️Dalil Al-Qur’an:
(سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ)
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar.” (Surah Fussilat: 53)

▪️Tafsiran isyari: Menunjukkan bahawa ayat Allahﷻ bukan hanya difahami secara luaran tetapi juga dalam realiti dalaman dan kerohanian manusia.

▪️Hadis Nabi ﷺ:
“اتقوا فراسة المؤمن، فإنه ينظر بنور الله”
“Takutilah firasat orang mukmin, kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah.” (HR. Tirmizi)

▪️Tafsiran isyari: Hati orang mukmin yang suci mampu menerima tajalli (cerminan) nur Allahﷻ dan memahami makna tersirat ayat-Nya.

✅Qalam Ulama dan Sahabat:
▪️Sahl al-Tustari:
“Setiap ayat dalam al-Qur’an mempunyai zahir, batin, had (batas), dan matla‘ (tempat terbitnya cahaya).”
(Rujuk Tafsir al-Tustari)

▪️Imam Junaid al-Baghdadi berkata:
“Ilmu kami ini terikat dengan al-Qur’an dan Sunnah. Setiap isyarah dan kasyf kami, jika bertentangan dengan nas, maka ia adalah batil.”

▪️Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq RA:
“Setiap ayat dalam al-Qur’an mempunyai rahsia, dan setiap rahsia hanya difahami oleh orang yang benar-benar mengenal Allahﷻ.”

▪️Imam Ja‘far al-Sadiq (rahimahullah):
“Al-Qur’an itu diturunkan dalam empat lapisan:

  1. Al-‘ibarah (lafaz zahir)
  2. Al-isharah (isyarat batin)
  3. Al-lata’if (rahsia halus)
  4. Al-haqa’iq (hakikat maknawi yang mendalam)”
    (Rujuk: Tafsir al-Tustari, Risalah al-Qushayriyyah)

✅Tokoh Sufi yang Membawa Tafsir Isyari:

  1. Sahl al-Tustari (w. 283H) – Tafsir al-Tustari
  2. Abu al-Qasim al-Qushayri (w. 465H) – Risalah al-Qushayriyyah
  3. Ibn ‘Arabi (w. 638H) – Futuhat al-Makkiyyah, Tafsir Isyari
  4. Imam al-Ghazali (w. 505H) – Ihya’ ‘Ulum al-Din
  5. Ismail Haqqi al-Burusawi (w. 1137H) – Tafsir Ruh al-Bayan
  6. Abdul Qadir al-Jilani (w. 561H) – Futuh al-Ghayb
  7. Syeikh Amin al-Kurdi – Tanwir al-Qulub

✅Golongan yang Memahami Tafsir Isyari:
▪️Ahli suluk dan ahli tarikat yang menjalani suluk secara bersanad.
▪️Ulama yang mencapai maqam muraqabah dan tajalli (cerminan) batin.
▪️Orang yang hatinya disucikan dan diterangi dengan nur makrifat.
▪️Mereka yang berjalan di atas jalan tazkiyah, tahalli dan tajalli.

✅ Mengikut tradisi ulama tasawuf dan tafsir isyari, terdapat beberapa dalil al-Qur’an dan hadis Nabi ﷺ :

▪️Hadis Nabi Muhammad ﷺ:

إِنَّ الْقُرْآنَ أُنزِلَ عَلَى سَبْعَةِ أَحْرُفٍ، لِكُلِّ حَرْفٍ مِنْهَا ظَاهِرٌ وَبَاطِنٌ

Al-Qur’an itu diturunkan atas tujuh huruf, tiap-tiap hurufnya memiliki zahir dan batin.”

(Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

▪️Dalam riwayat lain:
لِكُلِّ آيَةٍ ظَاهِرٌ وَبَاطِنٌ، وَحَدٌّ وَمَطْلَعٌ
“Setiap ayat itu memiliki makna zahir dan batin, batas dan titik permulaan.”
(Riwayat Ibn Mas‘ud, disebut oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din, dan juga oleh al-Qurtubi dalam Tafsir al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an)

▪️Surah al-Zumar, ayat 23

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ…

“Allahﷻ telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu al-Qur’an, yang serupa (gaya bahasanya), berulang-ulang (maknanya)…”

▪️Isyarat: Kalimah “mathāni” ditafsir oleh para mufassir sebagai berulang-ulang maknanya mengikut konteks dan maqam pembaca – zahir untuk umum, batin untuk khawass dan arifin.

▪️Dalil Hadis Nabi ﷺ:
a. Hadis riwayat al-Tirmizi

“لِكُلِّ آيَةٍ ظَهْرٌ وَبَطْنٌ، وَحَدٌّ وَمَطْلَعٌ”

“Setiap ayat mempunyai zahir dan batin, had (batas) dan matla‘ (tempat terbitnya cahaya).”
(HR. al-Tirmizi dan al-Hakim – dinilai hasan oleh al-Suyuti dalam al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an)

◾Keterangan:
▪️Zahir: makna lahiriah atau hukum syarak.
▪️Batin: makna kerohanian yang hanya difahami oleh orang yang mempunyai hati yang bersih dan mursyid.
▪️Had: batas takwil yang tidak boleh dilampaui.
▪️Matla‘: pancaran nur dan kasyf yang timbul dari ayat itu dalam hati.

✅Diantara Contoh Tafsir Isyari:
▪️Surah al-‘Alaq, ayat 1–5

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ…

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan…”

▪️Tafsir isyari (rujukan: Futuhat al-Makkiyyah & Ruh al-Bayan):
Perintah “Iqra’” bukan hanya bacaan lisan, tetapi pembukaan basirah batiniah – bacaan dalam hati ketika cahaya asma’ dan tajalli menyentuh batin Nabi ﷺ. Pelukan Jibril itu dilihat sebagai simbol jazbah dan tajalli asma’iyyah, yang membersihkan batin Rasulullah ﷺ untuk menerima nur al-Qur’an.

Surah al-Nur, ayat 35

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ … نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ

“Allahﷻ adalah cahaya bagi langit dan bumi… cahaya di atas cahaya. Allahﷻ memberi petunjuk kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki.”

▪️Tafsir isyari (Ibn ‘Arabi):
Ini menggambarkan tajalli (cerminan) Allahﷻ dalam hati para arifin. “Cahaya di atas cahaya” ialah nur iman yang diliputi oleh nur makrifat, menjadikan hati mereka tempat terpancar cahaya asma’ dan sifat Allahﷻ.

▪️Surah al-Anfal, ayat 2:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ…

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allahﷻ, gementarlah hati mereka…”

▪️Tafsir isyari:
Kata para sufi, ini adalah maqam zauk dan wajd – di mana hati menjadi lembut dan takut kerana tajalli (cerminan) sifat Jalal Allahﷻ yang menyentuh qalb mereka. Ia bukan sekadar perasaan, tetapi pengalaman rohani dalam muraqabah.

✳️Kesimpulan:
▪️Tafsir isyari bukanlah tafsir yang tiada asasnya disudut syarie tetapi satu bentuk penyingkapan kerohanian kepada mereka yang bersungguh dalam mendekati Allahﷻ dengan adab, ilmu, dan suluk. Ia tidak mengganti tafsir zahir, namun memberi makna batin yang menambah kefahaman dan kecintaan kepada al-Qur’an.
▪️Makna pelbagai lapisan dalam al-Qur’an adalah satu pengiktirafan terhadap keagungan kalam Allahﷻ, yang mana ayat-ayat-Nya mampu melimpahi cahayanya terhadap hati manusia mengikut tahap kerohanian dan maqam mereka. Ia bukan ciptaan ahli sufi semata, tetapi disandarkan kepada nas Qur’ani, hadis nabawi, dan pengamalan sahabat serta salaful saleh.
▪️Tafsir-tasawuf (isyari):
Ulama sufi tidak mendakwa ini sebagai syariat qat‘i, tetapi sebagai zauk (rasa hati) yang muncul setelah pengalaman suluk, muraqabah dan kasyf. Mereka tidak menjadikan ia hukum, tetapi jalan memahami rahsia Ilahi.

Waullahua’allam.
SalamPerkongsian

KalamSalikin

Charity Mantop Academy.

INILAH AMALAN YANG PALING DISUKAI OLEH ALLAH !!

Berdasarkan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan apakah amalan yang paling disukai Allah?

Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seseorang Muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dah Bersedekah Ke Hari Ini…?

Ayuh kita bersedekah di jalan Allah…! Sedekah kita inilah juga dinamakan sebagai perlaburan dunia dan akhirat dan sebagai medium membantu golongan memerlukan..

Klik link di bawah utk perlaburan akhirat.. Hanya 1 Minit sahaja..!

▶️ Program Charity Mantop Academy
https://charitymantop.onpay.my/order/form/1

*Ansi Systems Sdn Bhd adalah merupakan payment gateway yang menguruskan sumbangan/pembayaran bagi pihak kami..